BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Memaparkan catatan dengan label LESTARI BUDAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LESTARI BUDAYA. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Julai 2024

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN
TARIKH: 27/7/2024
HARI: SABTU
TEMPAT: KAMPUNG AGUNG, PENAGA
AKTIVITI: PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA
Pada 27/7/2024 sk bagan jermal telah terpilih sebagai sekolah pengelola acara permainan tradisional untuk Program Homestay Jaringan dan Jalinan Pendidikan Malaysia-Jepun. Program ini melibatkan 8 pelajar SK Bagan Jermal sebagai Fasilitator untuk 20 orang murid daripada Jepun dan buddy mereka dari SK Taman Senangan, SMK Datuk Hj. Abdul Kader dan SMK Kepala Batas.
Murid-murid dari Jepun telah di perkenalkan kepada 4 jenis permainan tadisional Malaysia itu dam aji, tuju guli, congkak dan batu seremban. Murid-murid ini sangat berminat dengan permainan yang di perkenalkan oleh fasilitator dari SK Bagan Jermal.
Pengalaman ini adalah sangat berguna kepada murid jepun dan juga buat murid SK Bagan Jermal untuk membaiki kemahiran bahasa inggeris dan komunikasi mereka.
Semoga hubungan dan kerjasama ini memberikan faedah yang baik kepada semua pihak

 

Khamis, 25 Julai 2024

PROGRAM JALINAN & JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN (BORIA)


 PROGRAM JALINAN & JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN

TARIKH : 25/7/2024 (KHAMIS)
TEMPAT : SK TAMAN SENANGAN
AKTIVITI : PERSEMBAHAN BORIA SKBJ
Pada 25/8/2024 sekolah SK Bagan Jermal sekali lagi telah dijemput untuk membuat persembahan boria tradisional untuk majlis penyerahan anak angkat dari Jepun di SK Taman Senangan.
Persembahan boria ini adalah untuk memperkenalkan boria sebagai tarian yang berasal dari Pulau Pinang. Murid SK Bagal Jermal berjaya mengalas amanah yg diberikan dengan baik. Semoga persembahan boria dari SK Bagan Jermal ini akan menjadi satu ingatan yang manis buat semua pelajar Jepun.

Selasa, 20 September 2022

MAJLIS PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 20-09-2022


Alhamdulillah... Terima kasih dan Tahniah kepada  Cikgu Fahmi dan Jawatan Kuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan SKBJ atas kejayaan Majlis pada hari ini. Semoga majlis ini memberikan impak kepada murid-murid menghargai erti kemerdekaan yang patut disyukuri atas nikmat dan keamanan yang dinikmati.(Photo Album)






Khamis, 15 September 2022

RAKAMAN PERSEMBAHAN BORIA UNTUK PROGRAM WE AIM HIGH

 


RAKAMAN PERSEMBAHAN BORIA UNTUK PROGRAM WE AIM HIGH: Seminar perkongsian amalan terbaik sains sekolah rendah untuk meningkatkan kualiti pdpc guru dan pentaksiran bilik darjah . Pada 15 september 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas




Ahad, 28 Ogos 2022

PERSEMBAHAN BORIA SEMPENA "HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (SPU)"

Tahniah.. Pasukan Boria SKBJ hari ini 28/08/2022 mendapat jumputan daripada PPD SPU untuk membuat persembahan sempena “HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (SPU)". Tahniah pasukan Boria SKBJ. (Photo Album)


Sabtu, 20 Ogos 2022

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 2022.

Tahniah anak-anak SKBJ yang telah membuat persembahan boria & iringan muzik gamelan di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2022.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Pasukan gamelan sekolah di bawah bimbingan Sir Nor Amin Adnan, cikgu Zarina & cikgu Ruzaihan, diiringi guru-guru sekolah juga guru-guru praktikum dari IPGKTB. Tahniah dan terima kasih atas komitmen semua dalam menyerlahkan bakat anak-anak SKBJ! (Photo Album)

 

Isnin, 1 Januari 2018

NOSTALGIA SK BAGAN JERMAL 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga SKBJ...

Di sini kami mempersembahkan beberapa gambar kenangan sepanjang sesi persekolahan 2017...


JULAI 2017 


(MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HAILMI KERANA BERTUGAS DI JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI NEGERI PULAU PINANG)





OGOS 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK BAGAN JERMAL 2017





OKTOBER 2017

MAJLIS PERSARAAN CIKGU SALLEH BIN ZAKARIA 








NOVEMBER 2017

KONTINJEN BORIA SK BAGAN JERMAL
(PERTANDINGAN BORIA DALAM 'LANGUAGE EXPLORATION 2017' SBT PERINGKAT KEBANGSAAN)




MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 
SK BAGAN JERMAL 2017








HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BAGAN JERMAL 2017





SEMOGA KITA PEROLEH LEBIH BANYAK KEJAYAAN
PADA TAHUN 2018...INSYA ALLAH!!!

Selasa, 14 April 2015

MAHRAJAN SANAWI SEKOLAH-SEKOLAH (MASSAS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

IMG-20150412-WA0044

Tahniah adik Muhammad Al Amin b. Mohd Nor  telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagai acara Hafazan sekolah Rendah .Tahniah juga kepada Panitia Pendidikan Islam , Ustaz dan Ustazah yang telah membantu dan melatih adik Al Amin . MASSAS ini telah diadakan pada 11 April 2015 yang lalu .

Jumaat, 20 September 2013

KEM MUZIK ANGKLUNG PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

Kem ini adalah anjuran Kebitaraan Angklung Sk Sultan Idris II , Sekolah Kluster Kecemerlangan  , Kuala Kangsar , Perak Darul Ridzuan pada 13- 15 Septembar 2013 .  Sebanyak 8 buah sekolah yang terlibat yang terdiri dari 4 buah  sekolah SKK dan 4 buah sekolah harian sekitar Kuala Kangsar.

SK Bagan Jermal telah menghantar 10 orang perserta yang terdiri dari murid tahun 6 dan seorang guru pengiring iaitu Ketua Kebitaraan Lestari Budaya  En. Noramin b. Adnan.

cats

Sepanjang kem , peserta didedahkan dengan bengkel dan amalan bermain/penggunaan angklung . Peserta turut dibawa melawat ke tempat pembuatan labu sayong , di daerah Sayong , Kuala Kangsar.

 

Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Kem SK Sultan Idris II , Kuala Kangsar atas jemputan dan layanan sepanjang kem tersebut.

Rabu, 24 April 2013

NASYID SKBJ– JOHAN PERINGKAT DAERAH

 

17.3.2013 Pasukan nasyid sekolah kerana telah merangkul gelaran Johan di pertandingan Nasyid peringkat Daerah .Kumpulan nasyid ini dibawah pimpinan Ustazah Nashirah , Cikgu Noramin , guru-guru  panitia Agama Islam turut dibantu oleh  beberapa orang guru pelatih .

TAHNIAH … TAHNIAH …

DSCN6658

Isnin, 18 Februari 2013

PELANCARAN MODUL BORIA KOLEJ KOMUNITI DI KOMPLEK KOMERSIAL TASIK GELUGOR

 

16 Februari  2013

Pasukan Boria , Lestari Budaya SKBJ dijemput membuat persembahan boria bagi kategori Persembahan Boria Kanak-kanak dalam majlis yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop , Menteri Kewangan kedua yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor.

kursus boria komuniti

kursus boria komuniti1

Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Lestari Budaya , Guru-guru , ibubapa , murid-murid  dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  .

Sabtu, 3 November 2012

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN SEMPENA BENGKEL SENI WARISAN BUDAYA 2012

 

Program ini dilaksanakan oleh Kebitaraan Lestari Budaya yang telah dijalankan pada 20 dan 21 Oktober 2012 di Hotel Emarald Puteri , Sungai Petani .

Bengkel Seni Warisan Budaya mendapat kerjasama daripada pihak KEKKWA yang menghantar 2 orang jurulatih tarian bagi menjayakan bengkel yang dijalankan . Bengkel tarian disertai oleh pelajar-pelajar dari Tahun 3 , 4 dan 5. Guru-guru SKBJ juga tidak melepaskan peluang untuk belajar teknik dan seni tari tarian Melayu tersebut.

Pada 21 Oktober pula diadakan Pertandingan Kebudayaan yang disertai oleh 5 buah sekolah jemputan.

Antara sekolah-sekolah tersebut ialah :-

1. SK Pauh Jaya , Seberang Perai Tengah , Pulau Pinang  - Johan

2.SK Bagan Jermal , Butterworth , Pulau Pinang – Naib Johan

3. SK Sultan Idris 2 , Kuala Kangsar , Perak  – Tempat ke-3

4. SK Ahmad Tajuddin , Jitra , Kedah

5. SK Convent St Anne , Kulim , Kedah

1

2

391669_3654848980934_973443393_n

395144_3654797819655_440223080_n

553794_3654795579599_17012742_n

561774_3654799939708_1289955548_n

Tahniah pada Jawatankuasa Lestari Budaya , Guru-guru SKBJ dan pelajar-pelajar …

Rabu, 17 Oktober 2012

LESTARI BUDAYA

548335_3627121647768_68703728_n

Selasa, 16 Oktober 2012

EKSPLORASI KEBITARAAN SEKOLAH KLUSTER ZON UTARA

9 hingga 11 Oktober 2012 , SKBJ menyertai Karnival Eksplorasi Kebitaraan sekolah Kluster Zon Utara di Sk Sena , Kangar Perlis .

1

SK Bagan Jermal berjaya mendapat tempat ke-2 dalam karnival ini.

Tahniah kepada Jawatankuasa Kluster sekolah , Guru-guru pengiring , murid-murid dan semua warga SKBJ yang turut membantu kecemerlangan ini .

 

TAHNIAH … TAHNIAH ….. SKBJ

Selasa, 2 Oktober 2012

MESYUARAT KHAS KLUSTER

DSC00294DSC00296

DSC00295 DSC00288

Mesyuarat diadakan pada 1 Okt 2012 jam 1.35 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Idris Othman PK1 bertempat di Bilik bahasa Inggeris. Mesyuarat melibatkan semua AJK INDUK dan  Ketua Kebitaraan Kluster iaitu Derap Juara , Rejam Emas , Bahasa dan lestari Budaya.  Mesyuarat diadakan membincangkan perancangan bagi peruntukan 2012 dan berdasarkan tunjuk cara dan nasihat dari En Arbain Kassim , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

LAWATAN PEMANTAUAN KLUSTER

1 Oktober 2012

Lawatan Pemantauan oleh En. Arbain b. Kassim , Penolong Pengarah BPSBPSK

2012-10-01_12-18-20_575

Taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan SKBJ yang melibat Penolong Kanan dan semua Ketua-ketua Kebitaraan Kluster . Taklimat berkisar kepada  kewangan dan peruntukan 2012 .