![]() |
| photo album |
" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".
Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.
Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.
Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.
Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.
![]() |
| photo album |
🏆 KEJAYAAN MURID SK BAGAN JERMAL 🏆
🎙️ PERTANDINGAN PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI (SR) & PIDATO CELIK MADANI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026
🥈 NAIB JOHAN
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syafii Fairuz Bin Saiful Farham atas kejayaan merangkul NAIB JOHAN dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Sekolah Rendah dan Pertandingan Pidato Celik Madani Peringkat Negeri! 👏🏻🎉
Kejayaan ini membuktikan bakat, keyakinan dan kesungguhan dalam seni berpidato mampu membawa nama SK Bagan Jermal di persada Negeri.
Syabas Syafii !
Teruskan melangkah, teruskan berpidato dan teruskan mengharumkan nama SKBJ! 💙🔥
#PidatoGenMadani
#PidatoCelikMadani2026
#sayangisekolahkuskbjno1
TAHNIAH dan SYABAS
Kepada
Cikgu Mohamad Hafiz Bin Md Saad
Atas
Pencapaian sebagai Ikon Guru Kokurikulum dalam Majlis Apresiasi Pendidikan dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2026
Pada
28 Julai 2026
Pusat Konvensyen PERDA
Anjuran PPD Seberang Perai Utara.
Semoga anugerah ini menjadi pendorong dan inspirasi kepada warga Sk Bagan Jermal.
TAHNIAH & SYABAS
Kepada
MUHAMMAD SYAFII FAIRUZ BIN SAIFUL FARHAM
5 Saujana
Atas kejayaan membanggakan Warga SK Bagan Jermal iaitu mendapat
JOHAN
dalam
Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani (Sekolah Rendah)
Peringkat Daerah Seberang Perai Utara bagi tahun 2026
Bertempat di SMK Bertam Putra
Pada 21&22 Julai 2026
Anjuran: UPBM PPD SPU
Semoga Kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada Syafii yang akan mewakili Daerah SPU ke Peringkat Negeri pada bulan Ogos nanti. Moga Syafii mendapat kejayaan yang membanggakan di Peringkat Negeri nanti bagi mengharumkan nama sekolah dan daerah.
Tahniah jua kepada Jurulatihnya Cikgu Mohd Hafiz bin Md Saad dan Guru Pengiringnya Cikgu Nabihah binti Osman.
Terima kasih jua kepada semua barisan pentadbir, Guru-Guru, Ajk PIBG serta seluruh Warga SKBJ atas sokongan dan doa.
SK BAGAN JERMAL – Pada hari Selasa, 14 Julai 2026 yang lalu, SK Bagan Jermal (SKBJ) selaku Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM dan Sekolah Berwawasan Digital telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Program Sekolah Hijau dan TASKAL. Program yang bertemakan "Masa Depan Lestari Bermula di SKBJ" ini bertujuan untuk memupuk kesedaran alam sekitar serta melahirkan generasi yang cintakan kelestarian hijau selaras dengan slogan "SKBJ Hijau, Bersih, Berinfomasi dan Lestari".
TAHNIAH & SYABAS KEPADA CIKGU MOHAMAD HAFIZ BIN MD SAAD
SK BAGAN JERMAL
Atas kejayaan membanggakan Warga SK Bagan Jermal iaitu mendapat
NAIB JOHAN dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kali ke 40 Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2026
Bertempat di Mydin Mall Bertam
Pada 12 Julai 2026
Anjuran: Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara dan GAPENA Pulau Pinang.
Semoga Kejayaan ini menjadi pendorong kepada anak- anak didik SK Bagan Jermal yang disayangi.
SENARAI MRSM, SBP DAN SMKA
PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS DAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 BAGI SESI 2027 DIBUKA!
Untuk makluman semua, mulai 10 Julai 2026 (jam 12.00 tengah malam) Permohonan Sekolah Khusus & MRSM Tingkatan 1 & 4 tahun 2027 dibuka kepada calon yang berminat melalui pautan berikut:
Calon dari sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Tingkatan 1:
Tingkatan 4:
Manakala bagi calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Permohonan MRSM:
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Permohonan Sekolah Khusus & MRSM dibuka dari 10 Julai 2026 (12.00 tengah malam) hingga 14 Ogos 2026 (12.00 tengah malam).
Semoga info ini membantu ibu ayah buat pilihan sekolah yang tepat untuk permohonan nanti.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa SK Bagan Jermal kini sedang giat melaksanakan beberapa kempen di bawah Program Sekolah Hijau bagi membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga sekolah.
Antara kempen yang sedang dijalankan ialah:
💧 Kempen Jimat Air
💡 Kempen Jimat Elektrik
♻️ Kempen Tanpa Plastik Sekali Guna
🚗 Kempen Matikan Enjin Kenderaan semasa menunggu anak pulang dari sekolah.
Sehubungan itu, kerjasama semua warga sekolah serta ibu bapa/penjaga amatlah dihargai untuk bersama-sama menyokong dan mengamalkan kempen-kempen ini demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih hijau, bersih, cekap dan selamat.
"SKBJ HIJAU, BERSIH, CEKAP, SELAMAT"
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.
Lawatan Penanda Aras SK Hijau & Taskal ke SMK Kg Kastam
Pada 3 Julai 2026 (Jumaat), dari 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, satu Lawatan Penanda Aras Sekolah Hijau & Taskal telah diadakan ke SMK Kg Kastam bagi mendapatkan pendedahan serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program Sekolah Hijau dan Taskal.
Delegasi sekolah diketuai oleh Guru Besar, Encik Kaber, bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sulaiman, Encik Ismail selaku Penyelaras Sekolah Hijau dan Puan Kavitha selaku Penyelaras Taskal. Lawatan ini turut disertai oleh Cikgu Lydia Lirek Anyie, Jurulatih Utama (JU) Eksekutif Taskal, GREW.
Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang meninjau pelaksanaan program hijau, bertukar pandangan serta berkongsi idea dan amalan terbaik yang boleh diaplikasikan di sekolah. Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat memperkukuh usaha membudayakan kelestarian alam sekitar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program Sekolah Hijau dan Taskal di sekolah. 🌱

TAHNIAH DAN SYABAS
Kepada
ADIK NUR NISA FAIHA' BINTI MOHD FIRDAUS 5 Kreatif Telah Membantu Pasukan Pulau Pinang mendapat TEMPAT KE-5 Keseluruhan
Dalam PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU SR ALA-PARLIMEN PERINGKAT KEBANGSAAN .Di Terengganu Darul Iman. Pada 29 Jun hingga 2 Julai 2026
WARGA SKBJ AMAT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANDA.
Semoga Kejayaan anda menjadi pembakar semangat buat Warga SKBJ pada masa mendatang.
Terima kasih dan Tahniah jua buat Guru Pembimbing Cikgu Mohd Hafiz dan Cikgu Nabihah serta Barisan Pentadbir, Guru-Guru, PIBG dan Seluruh Warga SKBJ yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan Pasukan Bahas kita semua.
#sayangisekolahkuskbjno1
#kejayaanmilikbersama
SK Bagan Jermal adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.