BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Memaparkan catatan dengan label KOKURIKULUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOKURIKULUM. Papar semua catatan

Khamis, 31 Julai 2025

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut merupakan keputusan pertandingan bahas dan pidato hari ini.
Pertandingan akhir Bahas
SKBJ vs SK Genting
Keputusan : SKBJ Menang (Johan) dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Keputusan pidato:
Peserta kita iaitu Iman Syahzwan juga telah berjaya mendapat Johan dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan.
Rumusan rasmi pertandingan bahas negeri Pulau Pinang 2025 (Edisi SKBJ)
Sidang 1
SK Sungai Dua vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 2
SK Convent BM vs SKBJ
SKBJ menang (0-3)
Pembahas terbaik sidang - Iman Syahzwan
Sidang 3
SKBJ vs SK Seberang Jaya
SKBJ menang (3-0)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Suku Akhir
SJK(T) Mak Mandin vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Iman Syahzwan
Sidang Semi Final
SK Seri Bayu vs SKBJ
SKBJ menang (0-5)
Pembahas terbaik sidang : Izz Khalish Khan
Sidang Akhir
SKBJ vs SK Genting
SKBJ menang (6-1)
Pembahas terbaik pusingan akhir : Iman Syahzwan


 

Rabu, 30 Julai 2025

MAJLIS MINI PAMERAN 3K SEMPENA PERAYAAN 100 TAHUN SK BAGAN JERMAL

 

Majlis Mini Pameran 3K Sempena Perayaan 100 Tahun SK Bagan Jermal yang telah dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, ADUN Bagan Jermal, merupakan satu inisiatif bermakna bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pameran ini melibatkan kerjasama erat empat agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri, pencegahan dadah, serta pengurusan kecemasan. Turut serta lima agensi swasta iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Muamalat, Koperasi Guru Malaysia Berhad (KGMB), Rakan Didik Publication dan Rumpun Mesra Pulau Pinang (AMWAY) yang menyumbang kepada kesedaran kewangan, pendidikan dan gaya hidup sihat. Majlis ini bukan sahaja memeriahkan sambutan 100 tahun sekolah, malah mengeratkan hubungan antara sekolah, komuniti dan pelbagai agensi luar.


photo album


Sabtu, 19 Julai 2025

NAIB JOHAN ACARA 4 X 100 METER LELAKI DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN TAHUNAN SK TAMAN SENANGAN PERINGKAT DAERAH


Sk Bagan Jermal Mendapat Tempat Naib Johan Acara 4 X 100 Meter Lelaki Dalam Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Sk Taman Senangan Peringkat Daerah Tahun 2025



 

Selasa, 8 Julai 2025

PELANCARAN TASKAL-SKBJ "THE GARDEN OF TOMORROW

 

Pada 8 Julai telah dijalankan Program Perasmian Taman TASKAL -SKBJ "The Garden of Tomorrow" yang dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, turut hadir dalam program ini YDP PIBG Haji Abdul Hamid bin Ibrahim Naina.  Objektif program ini ialah murid dididik sejak disekolah rendah untuk mengamalkan pengasingan sisa pepejal dan dapat melaksanakan di rumah. Semua sekolah dapat mengamalkan amalan kitar semula dengan adanya sistem yang komprehensif dan holistik. 


photo album


Jumaat, 13 Jun 2025

KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK)

Seramai 16 orang murid SKBJ telah mengikuti KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) yang telah dijalankan pada 13 hingga 14 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di SK Kepala Batas, Pulau Pinang. Tahniah dah syabas kepada peserta yang lulus dengan jayanya KEM PENILAIAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK.



 

Sabtu, 24 Mei 2025

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2025


Pada 24 Mei 2025 telah dijalankan Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2025. Tema perbarisan pada kejohanan ini ialah buah-buah.  Alhamdulillah Kejohanan Sukan Sekolah Sempena 100 Tahun SKBJ berjalan lancar. Tahniah kepada murid, guru dan semua rumah sukan yang berjaya. Ribuan terima kasih kepada Pentadbir, Pihak YB Chee, PIBG, SU Sukan, Su Koko, Guru-guru, AKP, Penaja Kewangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyumbang tenaga, makanan dan wang ringgit. Jasa semua amat kami hargai. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kejohanan berlangsung. 

photo album







 

Rabu, 26 Februari 2025

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH SPU

TEMPAT KE-4 KATEGORI LELAKI

TEMPAT KE-4 KATEGORI PEREMPUAN

                                       TEMPAT KE-3 KATEGORI BERKUMPULAN

Pertandingan/Kuiz/Aktiviti : JEMPUTAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 26 FEBRUARI 2025 (RABU)

Anjuran: SK SUNGAI PUYU

Tempat: KAWASAN SEKITAR SK SUNGAI PUYU

Pencapaian/Kedudukan: 

⏺️TEMPAT KEEMPAT, KEENAM, KETUJUH, KELAPAN, KESEMBILAN DAN KESEPULUH KATEGORI LELAKI

 

⏺️TEMPAT KEEMPAT KATEGORI PEREMPUAN

TEMPAT KETIGA KATEGORI BERPASUKAN

Bil murid: 10 ORANG (6 LELAKI, 4 PEREMPUAN)

 

Guru pengiring: MUHAMMAD NAIM SHAFIQ BIN ZAHIDI, ZARINA BT MOHAMAD YUSOFF



 

Sabtu, 9 November 2024

PERKHEMAHAN PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat , 8-9 November 2024 Perkhemahan Perdana peringkat sekolah berjaya diadakan di Kem Kepimpinan dan Jati Diri D Omland, Bukit Kechil, Sungai Petani, Kedah. Pernyertaan perkhemahan ini terdiri daripada murid tahun 6. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah Flying Fox , Night Self , Kembara Alam dan Ikhtiar Hidup. 

Jumaat, 13 September 2024

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


 Jumaat, 13 September 2024, Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan telah dijalankan dengan lancar. Penglibatan murid dalam aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan amat menggalakkan. Pihak sekolah juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

photo album


Jumaat, 26 Julai 2024

KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK)


KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) yang telah dijalankan pada 26 hingga27 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di SK Kepala Batas, Pulau Pinang. Tahniah dah syabas kepada peserta yang lulus dengan jayanya KEM PENILAIAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK.

photo album


Khamis, 25 Julai 2024

PERTANDINGAN BOLA BALING ZON BUTTERWORTH 12TKB 2024




PERTANDINGAN BOLA BALING ZON BUTTERWORTH 12TKB 2024
Khamis ,25.7.2024 bertempat di padang SK Pengkalan Jaya SKBJ telah menghantar pasukan bola baling 12TKB lelaki dan perempuan.
Pasukan Lelaki telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut.
Keputusan Perlawanan Lelaki
PERINGKAT KUMPULAN
SKBJ VS SK TELOK AIR TAWAR
SKBJ MENANG 2-1
SKBJ VS SK PERMATANG BINJAI
SKBJ MENANG 4-0
SKBJ VS SK DESA MURNI
SKBJ MENANG 2-1
SKBJ JUARA KUMPULAN
SUKU AKHIR
SKBJ VS SK SUNGAI PUYU
SKBJ MENANG 4-3
SEPARUH AKHIR
SKBJ VS SK SERI GEMILANG
SKBJ TEWAS 3-4
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!

 





Khamis, 4 Julai 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSPP ZON BUTTERWORTH

Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Zon Butterworth berlangsung pada hari Khamis bertarikh 4/7/2024. Pertandingan ini diadakan di Dewan SMK Gemilang. SKBJ mendapat tempat ke tiga (pingat gangsa) Regu. Tahniah dan syabas.





 

Ahad, 9 Jun 2024

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2024





Sabtu, 8 Jun 2024: Kejohanan Sukan Tahunan 2024 telah berlangsung di SMK Kampung Kastam dengan meraihnya. Majlis Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Chee Yee Keen, Adun Bagan Jermal.  Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang, tahniah juga kepada pasukan yang lain akan mencuba sedaya upaya mencapai kejayaan. Selian itu, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, staf, ibubapa dan murid-murid bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan ini sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan.3




Khamis, 9 Mei 2024

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada para pemenang. Bagi murid yang kurang bernasib baik jangan putus asa teruskan usaha untuk mencapai kemenangan di masa akan datang.
photo album


 

Sabtu, 27 Januari 2024

HARI KEMUNCAK KECEMERLANGAN


Sabtu, 27.1.2024: Hari Kemuncak Kecemerlangan SKBJ. Tahniah kepada semua murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Chee Yeeh Keen, Adun Bagan Jermal kerana sudi merasmikan majlis ini dan juga memberikan sumbangan kepada PIBG. Juga terima kasih diucapkan kepada ibubapa/penjaga yang turut hadir bersama-sama memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak untuk terus melakar kecemerlangan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih juga kepada semua pentadbir, guru dan staf yang turut menjadi tulang belakang bagi menjayakan majlis ini.

photo album


Isnin, 4 Disember 2023

PENYAMPAIAN ANUGERAH RAMBU DAN SIJIL JOTA JOTI

Penyampaian Anugerah Rambu dan Jota Joti kepada ahli pengakap kanak-kanak . Tahniah diucapkan kepada pengakap yang aktif menjalani aktiviti pengakap di peringkat Sekolah , Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

photo album

 

Sabtu, 25 November 2023

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2023



Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada 15 orang ahli pengakap yang telah berjaya mendapat Anugerah RAMBU daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.

phot album


Jumaat, 3 November 2023

PENUTUPAN MINGGU SOLIDARITY PALESTINE


 Jumaat,3.11.2023: Alhamdulillah Penutupan Minggu Solidarity Palestine dapat dijalankan dengan penuh bermakna. Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung 29 Oktober hingga 3 November 2023 ini dilakukan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin. Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

photo album


Sabtu, 21 Oktober 2023

PERKHEMAHAN UJIAN RAMBU PENILAIAN CALON ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Perkhemahan ini telah berlangsung pada hari Jumaat hingga Sabtu, 20 hingga 21 Oktober 2023 bertempat di SK Sungai Dua. Seramai 15 orang jurulatih daerah Butterworth telah menyumbang tenaga dalam perkhemahan ini. 17 buah sekolah yang terlibat telah menghantar  calon penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak. SKBJ telah menghantar penyertaan seramai 15 orang peserta. Ketua Kursus ialah Tuan Mohd Fadzli Bin Abu Hasan @ Hashim Pesuruhjaya Program Negeri , Persekutuan Pengakap Malaysia , Negeri Pulau Pinang.Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perkhemahan ini ialah : 1. Ujian Sikap 2. Ujian Kawad Kaki 3. Ujian Ikatan 4. Ujian Pertolongan Cemas 5. Ujian Membina Gadjet 6. Ujian Memasang dan Meruntuh Khemah 7. Ujian Istiadat Pagi 8. Ujian Menaik dan Menurunkan Bendera. 

 

JAMBORI DI UDARA (JOTA) & JAMBOREE ON THE AIR (JOTA)



Jambori di Udara (JOTA) & JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) telah berjaya diadakan 20 hingga 21 Oktober di SK Sg Dua. Jambori Pengakap Di Internet Sedunia (JOTI) merupakan satu perjumpaan antarabangsa Pengakap di Internet yang diadakan setiap tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober. Program ini adalah acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia seramai 10 orang ahli pengakap SKBJ mengikuti program ini.

Sepanjang hujung minggu tersebut, beribu ahli Pengakap dari seluruh dunia berjumpa dan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui Internet, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, dari web browser ke e-mel, program chat, mikrofon, scanner dan kamera digital. Kumpulan Pengakap boleh menggabungkan Jambori ini dengan Jambori Di Udara (JOTA), satu Jambori dimana ahli Pengakap boleh berkomunikasi di antara satu sama lain melalui frekuensi radio amatur dengan bantuan krew radio amatur tempatan.

Kebanyakkan komunikasi mengambil tempat melalui E-mel dan di rangkaian chat yang dipanggil IRC (Internet Relay Chat). JOTI membolehkan anda membina persaudaraan dengan ahli Pengakap di negara lain dan untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan kehidupan sivil dan pengakapan mereka. Sering kali, hubungan ini berkekalan untuk bertahun-tahun dan membina tapak untuk lawatan berkumpulan dan sebagainya.

Sejak 1996, JOTI merupakan acara rasmi WOSM dan telah mempunyai satu tempat tetap dalam Laman Web Biro Pengakap Sedunia.