Jumaat,3.11.2023: Alhamdulillah Penutupan Minggu Solidarity Palestine dapat dijalankan dengan penuh bermakna. Minggu Solidariti Palestin yang berlangsung 29 Oktober hingga 3 November 2023 ini dilakukan sebagai tanda kebersamaan Malaysia dalam konflik Israel-Palestin. Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.
photo album |
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.