Majlis Mini Pameran 3K Sempena Perayaan 100 Tahun SK Bagan Jermal yang telah dirasmikan oleh YB Chee Yeeh Keen, ADUN Bagan Jermal, merupakan satu inisiatif bermakna bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pameran ini melibatkan kerjasama erat empat agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri, pencegahan dadah, serta pengurusan kecemasan. Turut serta lima agensi swasta iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Muamalat, Koperasi Guru Malaysia Berhad (KGMB), Rakan Didik Publication dan Rumpun Mesra Pulau Pinang (AMWAY) yang menyumbang kepada kesedaran kewangan, pendidikan dan gaya hidup sihat. Majlis ini bukan sahaja memeriahkan sambutan 100 tahun sekolah, malah mengeratkan hubungan antara sekolah, komuniti dan pelbagai agensi luar.
![]() |
photo album |