Sabtu, 21 Oktober 2023

PERKHEMAHAN UJIAN RAMBU PENILAIAN CALON ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Perkhemahan ini telah berlangsung pada hari Jumaat hingga Sabtu, 20 hingga 21 Oktober 2023 bertempat di SK Sungai Dua. Seramai 15 orang jurulatih daerah Butterworth telah menyumbang tenaga dalam perkhemahan ini. 17 buah sekolah yang terlibat telah menghantar  calon penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak. SKBJ telah menghantar penyertaan seramai 15 orang peserta. Ketua Kursus ialah Tuan Mohd Fadzli Bin Abu Hasan @ Hashim Pesuruhjaya Program Negeri , Persekutuan Pengakap Malaysia , Negeri Pulau Pinang.Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perkhemahan ini ialah : 1. Ujian Sikap 2. Ujian Kawad Kaki 3. Ujian Ikatan 4. Ujian Pertolongan Cemas 5. Ujian Membina Gadjet 6. Ujian Memasang dan Meruntuh Khemah 7. Ujian Istiadat Pagi 8. Ujian Menaik dan Menurunkan Bendera. 

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.