Sabtu, 21 Oktober 2023

JAMBORI DI UDARA (JOTA) & JAMBOREE ON THE AIR (JOTA)



Jambori di Udara (JOTA) & JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) telah berjaya diadakan 20 hingga 21 Oktober di SK Sg Dua. Jambori Pengakap Di Internet Sedunia (JOTI) merupakan satu perjumpaan antarabangsa Pengakap di Internet yang diadakan setiap tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober. Program ini adalah acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia seramai 10 orang ahli pengakap SKBJ mengikuti program ini.

Sepanjang hujung minggu tersebut, beribu ahli Pengakap dari seluruh dunia berjumpa dan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui Internet, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, dari web browser ke e-mel, program chat, mikrofon, scanner dan kamera digital. Kumpulan Pengakap boleh menggabungkan Jambori ini dengan Jambori Di Udara (JOTA), satu Jambori dimana ahli Pengakap boleh berkomunikasi di antara satu sama lain melalui frekuensi radio amatur dengan bantuan krew radio amatur tempatan.

Kebanyakkan komunikasi mengambil tempat melalui E-mel dan di rangkaian chat yang dipanggil IRC (Internet Relay Chat). JOTI membolehkan anda membina persaudaraan dengan ahli Pengakap di negara lain dan untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan kehidupan sivil dan pengakapan mereka. Sering kali, hubungan ini berkekalan untuk bertahun-tahun dan membina tapak untuk lawatan berkumpulan dan sebagainya.

Sejak 1996, JOTI merupakan acara rasmi WOSM dan telah mempunyai satu tempat tetap dalam Laman Web Biro Pengakap Sedunia.



0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.