Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa SK Bagan Jermal kini sedang giat melaksanakan beberapa kempen di bawah Program Sekolah Hijau bagi membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga sekolah.
Antara kempen yang sedang dijalankan ialah:
💧 Kempen Jimat Air
💡 Kempen Jimat Elektrik
♻️ Kempen Tanpa Plastik Sekali Guna
🚗 Kempen Matikan Enjin Kenderaan semasa menunggu anak pulang dari sekolah.
Sehubungan itu, kerjasama semua warga sekolah serta ibu bapa/penjaga amatlah dihargai untuk bersama-sama menyokong dan mengamalkan kempen-kempen ini demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih hijau, bersih, cekap dan selamat.
"SKBJ HIJAU, BERSIH, CEKAP, SELAMAT"
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.











0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.