Lawatan Penanda Aras SK Hijau & Taskal ke SMK Kg Kastam
Pada 3 Julai 2026 (Jumaat), dari 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, satu Lawatan Penanda Aras Sekolah Hijau & Taskal telah diadakan ke SMK Kg Kastam bagi mendapatkan pendedahan serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program Sekolah Hijau dan Taskal.
Delegasi sekolah diketuai oleh Guru Besar, Encik Kaber, bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sulaiman, Encik Ismail selaku Penyelaras Sekolah Hijau dan Puan Kavitha selaku Penyelaras Taskal. Lawatan ini turut disertai oleh Cikgu Lydia Lirek Anyie, Jurulatih Utama (JU) Eksekutif Taskal, GREW.
Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang meninjau pelaksanaan program hijau, bertukar pandangan serta berkongsi idea dan amalan terbaik yang boleh diaplikasikan di sekolah. Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat memperkukuh usaha membudayakan kelestarian alam sekitar serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program Sekolah Hijau dan Taskal di sekolah. 🌱















0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.