SK BAGAN JERMAL – Pada hari Selasa, 14 Julai 2026 yang lalu, SK Bagan Jermal (SKBJ) selaku Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM dan Sekolah Berwawasan Digital telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Program Sekolah Hijau dan TASKAL. Program yang bertemakan "Masa Depan Lestari Bermula di SKBJ" ini bertujuan untuk memupuk kesedaran alam sekitar serta melahirkan generasi yang cintakan kelestarian hijau selaras dengan slogan "SKBJ Hijau, Bersih, Berinfomasi dan Lestari".
Majlis yang berlangsung di Dewan SKBJ bermula jam 7.40 pagi ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YDP & AJK PIBG, Sarjan, barisan pentadbir & guru-guru bagi merasmikan program ini secara gimik dan simbolik.
Antara pengisian utama sepanjang majlis berkenaan termasuklah:
Ucapan Aluan & Perasmian: Ucapan bermakna daripada Tuan Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG Hj Abdul Hamid b/p YB Chee Yeeh Keen.
Gimik & Persembahan: Persembahan tarian pelancaran yang memukau daripada murid-murid di bawah seliaan jawatankuasa pelaksana.
Aktiviti Kesedaran Hijau: Sesi lawatan ke sudut-sudut Sekolah Hijau & TASKAL serta aktiviti penanaman pokok Sekolah Hijau oleh YDP & AJK PIBG bersama-sama pihak sekolah sebagai simbolik pelancaran kempen.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berhormat, sesi bergambar bersama barisan pentadbir dan guru, sebelum bersurai sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.
Syabas diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana (Penyelarasan Bersama: En. Ismail & Pn. Kavitha) serta seluruh warga SKBJ yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat melestarikan persekitaran sekolah kita demi masa depan bersama!
Hijau sekolahku, Lestari masadepanku!













0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.