Isnin, 27 Mac 2017
PROGRAM PENCETUS BAHASA 2017
Khamis, 13 Ogos 2015
PROGRAM KEMBARA SENI BAHASA - PROGRAM JARINGAN BERSAMA UNISZA , TRENGGANU
Pada 5 hingga 9 Ogos diadakan Program Kembara Seni Bahasa merupa Program Jalinan antara SK Bagan Jermal dengan Universiti Sultan Zainal Abidin , Trengganu .
Sabtu, 30 Mei 2015
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM UPSR FASA 1
Diadakan pada 29 mei yang lalu . Dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Sohairi bersama Panitia BM & Kebitaraan Bahasa dengan dibantu oleh guru-guru Tahun 6.
Khamis, 5 Mac 2015
PELANCARAN “PROGRAM MEMBACA BUDAYA KITA”
Pelancaran Program diadakan pada 2 Mac 2015 ketika perhimpunan rasmi sekolah. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal. Program ini adalah satu program di bawah Pusat Sumber Sekolah denngan dibantu oleh Panitia Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Program Membaca Budaya Kita adalah salah satu aktiviti yang bertujuan membudayakan amalan membaca di kalangan murid , guru dan warga sekolah seterusnya sebagai pemangkin kepada Program NILAM .
ALBUM PROGRAM KLIK SINI
Jumaat, 20 Februari 2015
BENGKEL INDIKATOR PRESTASI CALON UPSR (KELOMPOK R12)
Program dijalankan 2 hari pada 14 dan 15 Februari 2015 di Dewan Kirby IPG Tuanku Bainun , Bukit Mertajam . Program ini juga turut disertai oleh 3 buah sekolah Kelompok R12 iaitu SK Telok Air Tawar , SK Seri Gemilang dan SK Permatang Binjai .
Photo album sepanjang program Klik sini
Isnin, 7 Oktober 2013
Rabu, 28 Ogos 2013
KUIZ KEMERDEKAAN
Kuiz Kemerdekaan sempena Sambutan Kemerdekaan ke 56 sedang berlangsung. Semua murid dan guru digalakkan menyertainya. Borang penyertaan boleh dapatkan dari Guru Perpustakaan & Media Pn. Rosnani Mat. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 11.00 pagi , hari jumaat 30.8.2013.
Syarat dan soalan boleh diperolehi di Papan Kenyataan Pentas .
Khamis, 11 April 2013
MESYUARAT J/K KERJA SEMINAR ANTARABANGSA KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KALI PERTAMA 2013
9 April 2013 bertempat di Bilik Persidangan SKBJ berlangsung Mesyuarat J/K Kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Sekolah-sekolah Kluster Kali Pertama 2013 yang dihadiri oleh Guru-guru Besar Sekolah Kluster Zon Utara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal selaku tuan rumah .
Selasa, 16 Oktober 2012
EKSPLORASI KEBITARAAN SEKOLAH KLUSTER ZON UTARA
9 hingga 11 Oktober 2012 , SKBJ menyertai Karnival Eksplorasi Kebitaraan sekolah Kluster Zon Utara di Sk Sena , Kangar Perlis .
SK Bagan Jermal berjaya mendapat tempat ke-2 dalam karnival ini.
Tahniah kepada Jawatankuasa Kluster sekolah , Guru-guru pengiring , murid-murid dan semua warga SKBJ yang turut membantu kecemerlangan ini .
TAHNIAH … TAHNIAH ….. SKBJ
Selasa, 2 Oktober 2012
MESYUARAT KHAS KLUSTER
Mesyuarat diadakan pada 1 Okt 2012 jam 1.35 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Idris Othman PK1 bertempat di Bilik bahasa Inggeris. Mesyuarat melibatkan semua AJK INDUK dan Ketua Kebitaraan Kluster iaitu Derap Juara , Rejam Emas , Bahasa dan lestari Budaya. Mesyuarat diadakan membincangkan perancangan bagi peruntukan 2012 dan berdasarkan tunjuk cara dan nasihat dari En Arbain Kassim , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.












