BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI SKBJ NO 1,CEMERLANG 2026

" # Togertherness Striving Tranformation SKBJ No 1,Excellence 2026 ".

KEJAYAAN SKBJ

Anugerah yang diperolehi guru dan murid SKBJ.

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal menjadi Johan bola sepak peringkat daerah SPU.

SUKAN DAN OLAHRAGA

Kemuncak Acara Sukan dan Olahraga SKBJ.

KUMPULAN GAMELAN SEKOLAH

Persembahan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SPU.

PASUKAN BORIA SKBJ

Persembahan sempena Hari Terbuka di PPD SPU.

Memaparkan catatan dengan label DERAP JUARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DERAP JUARA. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

SKBJ berjaya mencapai satu lagi kejayaan gemilang di penghujung tahun 2013 ini apabila berjaya mendapat tempat Ke-2 Pasukan Unit Beruniform Terbaik peringkat Kebangsaan .  Majlis Anugerah diadakan di Dewan Wawasan , Kangar Perlis pada 7 Nov 2013.  Anugerah telah disampai oleh Ke Bawah Duli Yang Mulia Raja Muda Perlis.

1

TAHNIAH SKBJ …..

Rabu, 24 Julai 2013

JAMUAN MERAIKAN PUTERA DERAP JUARA

9 Julai yang lalu. Satu jamuan kesyukuran diadakan di Restoran KFC Kepala Batas bagi meraikan kejayaan putera-putera Derap Juara dalam pertandingan kawad kaki .

Pasukan ini telah mencapaikan kejayaan yang amat gemilang bagi tahun 2013 ini. Antaranya :-

1. Johan dan Ketua Paltun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Daerah SP Utara , Pulau Pinang .

2. Johan dan Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013

3. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan dan SBT Peringkat kebangsaan 2013

4. Johan dan ketua Platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Peringkat kebangsaaan (Zon Utara) 2013

 

1

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON UTARA)

 

 

6 Julai 2013 di Pusat Kokurikulum Bukit Mertaja , Pulau Pinang .

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara Pengakap SKBJ. Sekali lagi menjulang kejayaan dengan menjadi Johan Pertandingan kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan (Zon Utara). Tahniah juga kepada adik Aziman Afiq kerana dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik dalam Pertandingan ini.

kebangsaan 2013 009

image

Rabu, 19 Jun 2013

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN & SBT 2013

 

Majlis penyampaian hadiah dan meraikan kejayaan putera-putera Derab Juara SKBJ telah diadakan dalam perhimpunan rasmi mingguan pada 16.6.2013.

Majlis disempurnakan oleh GPK Kokurikulum En. Ghazali Abd Hamid

1

Khamis, 13 Jun 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SKK & SBT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

 

Pertandingan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2013 bertempat Di dataran Kawad Universiti Sains Malaysia Pulau  Pinang. Ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kebitaraan Derap Juara SKBJ.

Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini .

sekolah-sekolah tersebut ialah :-

1. SK Taman Tun Dr Ismail 1 , selangor

2. SK Sultan Idris II , Perak

3. SK Tengku Ampuan Intan , Trengganu

4. SK Suktan Ahmad Tajuddin , Kedah

5. SK. Bertam Indah , P.Pinang

6. SK Su ngai  Dua , Pulau Pinang

7.  SK. Sg Acheh Pulau Pinang

8. SK Bagan Jermal Pulau Pinang.

sebelum

Persiapan Dataran Kawad . Mendapat kerjasam yang padu dari semua guru dan staff SKBJ dan turut dibantu oleh pihak USM.

Para kontingen melaporkan diri di Asrama SMKA Almashoor Lelaki , Air Itam pada 3 Jun 2013

semasa

Latihan penyesuaian litar dilakukan pada 4 Jun 2013.

Pertandingan sebenar dijalan pada 5 Jun 2013 tepat pada jam 8.30 pagi. Ia bermula dengan pemeriksaan pakaian .  Pertandingan  diadili oleh Pegawai Polis dari PULAPOL , PALAPES USM , JPAM dan Hakim Kawad Kaki Negeri Pulau Pinang .

hadiah 

Sekali lagi SKBJ mengondol piala kejuaraan dalam pertandinagn ini.

Kedudukan tempat :-

JOHAN – SK BAGAN JERMAL , PULAU PINANG

NAIB JOHAN – SK SG ACHEH , PULAU PINANG

TEMPAT KE 3 – SK TENGKU AMPUAN INTAN , TRENGGANU

 

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Tn. Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin.

 

TAHNIAH Kebitaraan Derap Juara , TAHNIAH kepada Cik Siti Hajar Zainuddin Ketua Kebitaraan bersama AJK Kebitaraan . Terima kasih semua.

Khamis, 25 April 2013

SKBJ KEKALKAN KEJUARAAN

 

14.4.2013 Pasukan Kawad Kaki SKBJ berjaya mengekalkan kejuaraan Kawad kaki Peringkat Daerah seberang Perai Utara. Pertandingan kali ini dijalankan di Padang Kawad Sekolah Menengah Sains , Kepala Batas .

Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di dalam perhimpunan rasmi sekolah  hari isnin yang lalu.

KAWAD KAKI1

KAAD KAKI2

Tahniah kepada Pasukan Derap Juara  dan semua guru yang terlibat. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Jurulatih Cik Siti Hajar Zainuddin dan juga Guru-guru pelatih yang banyak membantu.

TAHNIAH … TAHNIAH ….

DARI PUNCAK KE ANGKASA ….

Khamis, 11 April 2013

MESYUARAT J/K KERJA SEMINAR ANTARABANGSA KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KALI PERTAMA 2013

 

9 April 2013 bertempat di Bilik Persidangan SKBJ  berlangsung Mesyuarat J/K Kerja Seminar Antarabangsa Kepimpinan Sekolah-sekolah Kluster Kali Pertama 2013 yang dihadiri oleh Guru-guru Besar Sekolah Kluster Zon Utara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman Salim , Guru Besar SK Bagan Jermal selaku tuan rumah .

mesyuarat guru besar kluster

DSC_0635

Selasa, 16 Oktober 2012

EKSPLORASI KEBITARAAN SEKOLAH KLUSTER ZON UTARA

9 hingga 11 Oktober 2012 , SKBJ menyertai Karnival Eksplorasi Kebitaraan sekolah Kluster Zon Utara di Sk Sena , Kangar Perlis .

1

SK Bagan Jermal berjaya mendapat tempat ke-2 dalam karnival ini.

Tahniah kepada Jawatankuasa Kluster sekolah , Guru-guru pengiring , murid-murid dan semua warga SKBJ yang turut membantu kecemerlangan ini .

 

TAHNIAH … TAHNIAH ….. SKBJ

Rabu, 10 Oktober 2012

PERKHEMAHAN PERDANA 2012

 

Perkhemahan Perdana 2012 telah diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2012 yang lalu . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya   Mencipta logo pasukan , Nyanyian lagu patriotik , Hafazan , kawad kaki , pertolongan cemas dan memasak (ikhtiar hidup)

khemah1

khemah2

Keputusan pertandingan sepanjang program

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Selasa, 2 Oktober 2012

MESYUARAT KHAS KLUSTER

DSC00294DSC00296

DSC00295 DSC00288

Mesyuarat diadakan pada 1 Okt 2012 jam 1.35 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj Idris Othman PK1 bertempat di Bilik bahasa Inggeris. Mesyuarat melibatkan semua AJK INDUK dan  Ketua Kebitaraan Kluster iaitu Derap Juara , Rejam Emas , Bahasa dan lestari Budaya.  Mesyuarat diadakan membincangkan perancangan bagi peruntukan 2012 dan berdasarkan tunjuk cara dan nasihat dari En Arbain Kassim , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

LAWATAN PEMANTAUAN KLUSTER

1 Oktober 2012

Lawatan Pemantauan oleh En. Arbain b. Kassim , Penolong Pengarah BPSBPSK

2012-10-01_12-18-20_575

Taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan SKBJ yang melibat Penolong Kanan dan semua Ketua-ketua Kebitaraan Kluster . Taklimat berkisar kepada  kewangan dan peruntukan 2012 .

Isnin, 20 Februari 2012

PROGRAM JARINGAN KERJASAMA & LATIHAN DENGAN PULAPOL

 

Pada 9 hingga 10 Februari 2012 yang lalu  , Kebitaraan Derap Juara telah mengada satu Program bersama PULAPOL  bertempat di Pusat Latihan Polis , Jalan Semarak , Kuala Lumpur .

Seramai 40 orang murid dan 6 orang guru pengiring telah mengikuti program ini .

Antara aktiviti ketika di sana ..

DSC_0360       DSC_0368

Sejurus tiba … diraikan dengan makan tengah hari .      Pelajar dan guru lelaki ditempatkan di Berek Bujang .

DSC03424        DSC03434

Menu  ….. ayam masak lemak cili api .                            Taklimat khas …. tentang PDRM

DSC03449         DSC03491

Latihan Kawad Kaki dikendalikan oleh Pihak PULAPOL      Majlis penutup  dan penyampaian Sijil dan cenderamata

DSC03502          DSC03544

Bergambar sebelum tamat majlis.                                    Melawat PETROSAINS

 

Di hari terakhir seblum bertolak balik …. pelajar dibawa melawat ke PETROSAINS .

Alhamdulillah …. semua berjalan lancar .

Terima kasih kepada pihak PULAPOL …. SI Jalil , SI Khalil  , Sarjan Rohaya dan semua staff PULAPOL yang telah memberi layanan dan bantuan sepanjang team Derap Juara di sana.

Terima kasih  .

Isnin, 25 April 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH PPD UTARA , SEBERANG PERAI

 

Pertandingan kawad kaki unit beruniform sekolah rendah dan sekolah menengah telah diadakan pada 12 April 2011di SMK Kampung Selamat. Sk Bagan Jermal telah berjaya menjadi Johan kategori lelaki sekolah rendah dan adik Danial Asri telh dianugerahkan  Ketua platun terbaik lelaki sekolah rendah.

TAHNIAH DERAP JUARA SK BAGAN JERMAL .

DSC01487 DSC01498

Tepat …segak …dan bergaya . Mendapat tepukan gemuruh dari semua yang menonton .

 DSC01533 DSC01535

Adik Danial Asri bersama trofi kemenangan.               Bersama GB dan ibubapa yang datang memberi sokongan.