Sabtu, 27 Julai 2024

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PENDIDIKAN MALAYSIA JEPUN
TARIKH: 27/7/2024
HARI: SABTU
TEMPAT: KAMPUNG AGUNG, PENAGA
AKTIVITI: PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA
Pada 27/7/2024 sk bagan jermal telah terpilih sebagai sekolah pengelola acara permainan tradisional untuk Program Homestay Jaringan dan Jalinan Pendidikan Malaysia-Jepun. Program ini melibatkan 8 pelajar SK Bagan Jermal sebagai Fasilitator untuk 20 orang murid daripada Jepun dan buddy mereka dari SK Taman Senangan, SMK Datuk Hj. Abdul Kader dan SMK Kepala Batas.
Murid-murid dari Jepun telah di perkenalkan kepada 4 jenis permainan tadisional Malaysia itu dam aji, tuju guli, congkak dan batu seremban. Murid-murid ini sangat berminat dengan permainan yang di perkenalkan oleh fasilitator dari SK Bagan Jermal.
Pengalaman ini adalah sangat berguna kepada murid jepun dan juga buat murid SK Bagan Jermal untuk membaiki kemahiran bahasa inggeris dan komunikasi mereka.
Semoga hubungan dan kerjasama ini memberikan faedah yang baik kepada semua pihak

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.