Selasa, 22 Ogos 2023

TEMPAT KE 3 DALAM PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2023

Sekalung tahniah untuk pasukan Bahas Murid SK Bagan Jermal yang telah mendapat Tempat Ke 3 dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 telah diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2023 bertempat di SK Pokok Tampang, Tasek Gelugor.
Pasukan Bahas diwakili oleh murid-murid yang sangat berbakat iaitu Nur Wardina (6 Jauhari), Nur Ain Syuhada (5 Jauhari), Iman Qhalish (5 Jauhari), Nazran Aizal (5 Jauhari), dan Iman Syazwan (4 Jauhari). Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Azlina dan Cg Hafiz.
Memenangi pusingan demi pusingan, pasukan SKBJ telah terkandas di peringkat Separuh Akhir dengan pasukan dari SK Desa Murni. Pada peringkat Separuh Akhir itu, Pembahas SKBJ, Nur Wardina di beri sebagai Pembahas Terbaik.
Hadiah Pertandingan telah di sampaikan oleh Yg Brs En Shamser Ketua Penolong Pengarah UPBM JPN Pulau Pinang. Pasukan Bahas SKBJ mendapat Tempat Ke 3 keseluruhan.
Tahniah!! Sayangi sekolahku, SKBJ Nombor 1!!



 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.