Selasa, 15 Ogos 2023

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Selasa,15 Ogos 2023- Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKBJ telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Encik Ahmad Kaber Bin K.Ismail Guru Besar SKBJ dengan meriahnya .

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’                     

secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-66  sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.

Photo Album


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.