Khamis, 24 Ogos 2023

BENGKEL PEMUGARAN PELAKSANAAN MODUL TMK

Khamis,24.08.2023 -Dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia merealisasikan pembangunan modal insan dalam konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), konsep Modul TMK merentas kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) diperkasakan lagi dengan penerapan kemahiran pemikiran komputasional. Bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK, Modul TMK digubal berlandaskan kepada transformasi pendidikan terkini dan mengikut penanda aras luar negara. Modul TMK peringkat sekolah rendah dalam KSSR (Semakan 2017) dilaksanakan secara merentas kurikulum melalui pengaplikasian dalam konteks semua mata pelajaran. Pengintegrasian Modul TMK dalam mata pelajaran boleh dilaksanakan dengan atau tanpa komputer (Plugged and Unplugged). Bengkel ini menghuraikan bagaimana Modul TMK boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara efektif di sekolah dengan menyediakan contoh bagi membolehkan guru merancang aktiviti PdP yang bersesuaian dengan mata pelajaran masing-masing. 






 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.