DOA & UCAPAN BUAT ADIK NUR NISA FAIHA' BINTI MOHD FIRDAUS
Seluruh warga SK Bagan Jermal mendoakan semoga Adik Nur Nisa Faiha' Binti Mohd Firdaus yang mewakili Pulau Pinang ke Pertandingan Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan dikurniakan ketenangan, keyakinan, kelancaran berhujah, kebijaksanaan dalam menyampaikan hujah serta dipermudahkan setiap urusan.
Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Berikanlah yang terbaik, yakin dengan kemampuan diri dan terus berjuang dengan penuh semangat.
Selamat berjuang! Teruskan mengharumkan nama Pulau Pinang dan SK Bagan Jermal.












0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.