Ceramah telah disampaikan oleh Puan Fasya Bt. Abdul Hamid yang berkongsi ilmu tentang kepentingan menjaga alam sekitar, amalan hijau serta pengurusan sisa yang lestari. Program turut diserikan dengan demonstrasi pengasingan sisa dan kitar semula, yang memberi pendedahan kepada murid tentang cara mengasingkan sisa dengan betul bagi menyokong amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Selain itu, Kuiz Alam Sekitar telah dikendalikan oleh Cikgu Kavitha, Penyelaras Taskal, bersama Cikgu Ismail, Penyelaras Sekolah Hijau. Aktiviti interaktif ini berjaya menarik penyertaan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, di samping menguji dan mengukuhkan pengetahuan mereka tentang penjagaan alam sekitar.
Semoga ilmu yang diperoleh melalui program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan terus memupuk budaya cintakan alam sekitar demi mewujudkan sekolah yang bersih, hijau dan lestari. 🌿
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.