Sabtu, 24 September 2022

PERASMIAN BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING DAN SENSORY ROOM


 PERASMIAN BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING DAN SENSORY ROOM

24 September 2022

Majlis Perasmian Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Sensory Room yang telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Datuk Dzulkifli bin Ahmad, Penasihat Kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang, Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-3. 

Ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg Tan Sri Datuk Dzulkifli bin Ahmad kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan Bilik Bimbingan Kaunseling dan Sensory Room.

Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Sensory Room merupakan jalinan kerjasama antara Unit Bimbingan Kaunseling dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bagan Jermal secara inklusif bagi menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada murid perdana tetapi juga kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.(PHOTO ALBUM)

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.