Khamis, 29 September 2022

KEJOHANAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS DAN PRASEKOLAH PERINGKAT SK BAGAN JERMAL






 29 September 2022, Khamis

Tahniah dan syabas diatas kelancaran dan kerjasama yang diberikan sempena Kejohanan Sukan Pendidikan Khas dan Prasekolah sempena Sukan Tahunan peringkat SK Bagan Jermal.
Antara acara yang telah dijalankan ialah acara jalan kaki L dan P (Tahap 1 dan 2) lompat jauh, sukaneka (Prasekolah), sukaneka Pendidikan Khas (Tahap 1 dan 2), kutip gula-gula (Pendidikan Khas dan Prasekolah).
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama kepada pentadbir, guru-guru, pembantu pengurusan murid (PPM) dan sukarelawan cilik yang terdiri daripada murid-murid Tahun Enam yang banyak membantu memastikan kelancaran program yang dijalankan.
Penghargaan turut diberikan kepada ibubapa yang hadir memberikan sokongan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan terus mendapat sokongan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.