Isnin, 5 April 2021

PENDAFTARAN PENYERTAAN E-SAJAK DAN E-FESYEN SAMBUTAN BULAN SINDROM DOWN DAN AUTISME SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


 

Pendaftaran Penyertaan E-Sajak Dan E-Fesyen (Tarikh Akhir Pendaftaran Penyertaan 17 April 2021)

Sila Baca Syarat-Syarat Penyertaan, Seterusnya Lengkapkan Maklumat Di Bawah.

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

i. Penyertaan terbuka kepada semua Sekolah Rendah Program Pendidikan Khas Integrasi di seluruh Negeri Pulau Pinang
ii. Peserta mestilah berumur dari PRA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS, sehingga 12 tahun PPKI.
iii. Mempunyai no. Kad OKU, no. Kad PENGENALAN/SIJIL LAHIR sah MALAYSIA.
iv. Setiap Sekolah dibenarkan menghantar 1 penyertaan untuk setiap kategori.
v. RAKAMAN VIDEO yang dihasilkan mestilah berdurasi TIDAK LEBIH 3 MINIT dalam bentuk FORMAT MP4 RESOLUSI MINIMA FULL HD 720p - 1080 p dengan KUALITI VIDEO dan AUDIO yang BAIK.
vi. Penggunaan PROPS dan KREATIVITI MEDIA amat digalakkan.
vii. DILARANG menyebut nama sekolah dan memaparkan identiti yang berkaitan dengan sekolah. Jika didapati ada, maka penyertaan akan dibatalkan.
viii.Tarikh akhir hantar RAKAMAN VIDEO pada 22 APRIL 2021

MAKLUMAT E-SAJAK (KATEGORI AUTISME)

i. Skrip Sajak dan dideklamasikan di dalam BAHASA MELAYU
ii. TEMA adalah TERBUKA


MAKLUMAT E-FESYEN (KATEGORI SINDROME DOWN)

i. TEMA ialah CITA-CITAKU
ii. MATERIAL adalah BEBAS


SETELAH SEKOLAH MENGISI BORANG PENYERTAAN, PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASUKKAN NAMA WAKIL GURU YANG DIBERIKAN KE DALAM GROUP TELEGRAM DAN AKAN DIBERIKAN MAKLUMAT LANJUT. SEKIAN TERIMA KASIH.

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.