Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat permohonan
PraSekolah KPM tahun 2022 secara online dan manual. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.
PraSekolah KPM tahun 2022 secara online dan manual. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.
Syarat Kelayakan Memohon PraSekolah KPM
1. Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
2. Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018
3. Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah
i) E-Prasekolah Online
Kaedah pertama permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian. Permohonan boleh mengakses laman sesawang ePraSekolah melalui pautan
berikut :-
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
Manual Pengguna : E-Prasekolah Ibu Bapa
Nota Penting
1. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran
2. Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
3. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2021
4. Ibu bapa/ penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021
ii) Permohonan Prasekolah Secara Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021. Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid Prasekolah Pendidikan Khas
1. Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan
2. Surat penempatan oleh JPN/ PPW/ PPD
3. Pengesahan dan pendaftaran
Status Keputusan PraSekolah 2022 Online .Status permohonan/ keputusan Prasekolah tahun 2022 boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2021. Pemohon boleh mengklik butang Semak Permohonan
di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan Prasekolah yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.
Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang Rayuan Permohonan pada 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021. Selamat membuat Permohonan PraSekolah KPM 2022 secara online di aplikasi ePrasekolah. Moga ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar murid ke
PraSekolah KPM berjaya dalam permohonan mereka.
PraSekolah KPM berjaya dalam permohonan mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.