PINTAR adalah berasaskan perkataan – Promoting Intelligence , Nurturing Talent and Advocating Responsibility. Ia merupakan program sekolah angkat yang diterajui oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia untuk mengukuhkan kecemerlangan akademik di kalangan kanak-kanak sekolah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PINTAR boleh melayari http://www.mypintar.com.my
Bertepatan dengan itu SKBJ merupakan anak angkat kepada MRCB hari ini menerima kunjungan dari Bas PINTAR. Di dalam Bas ini terdapat pameran interaktif yang kebanyakan menumpukan kepada penggunaan ICT .
Terima kasih kepada En.Ravi , En.Amir Shah dan En. Nor Hisham staff PINTAR yang amat prihatin , peramah dan sanggup melayan karenah anak-anak didik SKBJ .
TERIMA KASIH … PINTAR …