Jamuan ini diadakan di Original Chicken Chop , Teluk Air Tawar Butterworth pada waktu tengahari sebagai Jamuan meraikan staff baru dan pertukaran En Zulkarnain ke Pejabat Pendidikan Daerah SP Utara .
Bagi anak-anak pulak …. menunya …….
Majlis bermula dengan bacaan doa dan jamuan makan . Selepas selesai jamuan diadakan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru Pn. Roslina bt Salleh , Guru Besar Pn.Habibah Ahmad dan EN. Zulkarnain.
Dikuti penyampaian cenderamata untuk staff yang baru menimang cahaya mata iaitu Pn. Shakira , En.Hailmi , Pn. Zalina dan Pn. Fairos. Penyampaian cenderamata kenang-kenangan untuk En. Zulkarnain.
Sebahagian wajah-wajah ketika jamuan…..
Pada En. Zulkarnain … Selamat bertugas di tempat baru. Kepada semua staff Kelab Kebajikan Guru Dan Staff mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan.