📅 Tarikh: 20 Mei 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 – 9.30 pagi
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal telah mengikuti Ceramah Misi Sihat Yakult Generasi Madani yang disampaikan oleh Miss Stephanie Saw Meng Zhi, wakil Yakult cawangan Pulau Pinang.
Ceramah ini memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan usus, amalan pemakanan yang sihat serta gaya hidup seimbang demi kesejahteraan diri. Murid turut didedahkan dengan fungsi bakteria baik dalam sistem penghadaman dan kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang serta aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.
Sepanjang program berlangsung, murid memberikan kerjasama yang sangat baik dan menunjukkan minat yang tinggi melalui sesi soal jawab yang interaktif. Penyampaian yang santai dan menarik telah menjadikan suasana ceramah lebih ceria, sekali gus memudahkan murid memahami ilmu kesihatan yang disampaikan.
Program turut diserikan dengan sesi agihan minuman Yakult secara percuma kepada semua murid dan warga sekolah, sekali gus menambahkan keceriaan serta menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada wakil Yakult, khususnya Miss Stephanie, atas perkongsian ilmu yang bermanfaat serta sumbangan yang diberikan kepada warga sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan sejak usia muda dan melahirkan generasi yang sihat, cergas serta berdaya saing.
#SKBJ
#MSYSKBJ
#MSYPBA2003 #MisiSihatYakultGenerasiMadani #GenerasiSihatGenerasiCemerlang
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.