Kejayaan Pasukan Bola Sepak SK Bagan Jermal di Kejohanan Zon Butterworth
Pada 12 Mei 2026 ,Penyertaan pasukan bola sepak bawah 12 tahun
SK Bagan Jermal di Kejohanan Zon Butterworth telah berakhir dengan keputusan yang membanggakan. Walaupun sekolah kita tidak mempunyai padang sendiri untuk berlatih, pasukan berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan meraih tempat ketiga daripada berbelas sekolah yang bertanding.
Kejohanan ini menyaksikan SK Sungai Dua muncul sebagai Johan, diikuti oleh SK Taman Senangan di tempat kedua, manakala pasukan SK Bagan Jermal berjaya menempah tempat ketiga. Keputusan ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja melepasi sasaran KPI guru-guru bola sepak, malah membuktikan bahawa kekurangan fasiliti bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, dan guru yang terlibat. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
![]() |
| photo album |

.png)







0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.