Jamboree On The Air Jamboree On The Internet (JOTA JOTI)
adalah salah satu himpunan pengakap yang akan diadakan di seluruh dunia pada
Hari Sabtu ketiga Bulan Oktober pada setiap tahun. SK Bagan Jermal telah
menghantar penyertaan seramai 17 orang perserta.
Apa yang menjadi perbezaan dengan jambori jambori lain
adalah JOTA JOTI ini para ahli pengakap akan berhimpun secara maya melalui
Radio Amatur dan Internet. Inilah peluang kepada ahli pengakap untuk
berinteraksi dengan rakan baharu dari pelbagai negara di dunia.
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Butterworth tidak
ketinggalan membuka satu stesen JOTA bersempena JOTA pada tahun in bertempat di
SMK Telok Air Tawar.
Walaupun pada tahun ini tarikh JOTA jatuh pada cuti sekolah
, stesen 9M4JPB dapat menghimpunkan 847 orang peserta daripada 43 kumpulan di
dalam Daerah Butterworth.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari kem
berlangsung. Stesen JOTA Butterworth telah ditutup secara rasmi oleh Yang
Berbahagia Dato’ Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.
![]() |
| photo album |









