Isnin, 22 Julai 2024

MARI KUMPUL LENCANA DELIMA MURID-MURID SKBJ


📢PROGRAM APLIKASI KEMAHIRAN DIGITAL (AKD) UNTUK MURID


Ayuh murid-murid, kursus yang sangat menarik semasa cuti sekolah. Anda boleh mengumpul kesemua lencana/badges semasa cuti sekolah. 


Kursus dalam talian ini di bawah Program DELIMa badges atau lencana DELIMa membawa murid meneroka dan mengaplikasi kemahiran digital untuk menjadi pengguna digital yang yakin dan beretika.


Melalui kursus ini, murid boleh belajar kemahiran baru bila-bila masa dan dimana-mana anda berada. 

Lengkapkan kuiz di akhir setiap modul kursus untuk kumpulkan lencana DELIMa tersebut.


Ikuti empat langkah mudah :


✅Langkah1: Daftar dahulu

✅Langkah 2: Mulakan Kursus

✅Langkah 3: Semak perjalanan

✅Langkah 4: Dapatkan lencana


PASTIKAN anda menggunakan emel ID DELIMa masing-masing semasa mendaftar kursus ini.


Log masuk Portal DELIMa kemudian di ruangan Aktiviti Murid - pilih Aplikasi Kemahiran Digital 

atau

Klik pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pensijilan-pembelajaran-digita/utama sekarang untuk menyertai Program Aplikasi Kemahiran Digital.


➡️Jangan lupa kongsikan lencana anda di media sosial dengan tanda pagar (hashtag) ini.


#aplikasikemahirandigital

#sayasudahandabilalagi

#sstppenang

#jpnpp

#sstppulaupinangpenerajugenerasipendidikandigital

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.