Khamis, 23 Mei 2024

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH DENGAN TEMA "BACK TO SCHOOL"

Khamis ,23.5.2024: Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan agak lewat sedikit berikutan pada 16 Mei 2024 pihak sekolah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Peringkat Dearah. 

Hari guru 2024 adalah merupakan hari yang di mana para guru seluruh malaysia dihargai dan dihormati kerana jasa mereka mencurahkan ilmu dan bakti dalam dunia pendidikan.

Guru adalah merupakan nissan yang sangat berjasa kepada murid dalam melahirkan seorang insan yang berjaya dari segi akhlak dan akademik. Siapa guru mungkin mudah untuk menjadi manusia yang mempunyai pengetahuan. Ikuti maklumat hari guru lebih lanjut.

Apakah itu Hari Guru 2024?

Hari guru ialah hari yang di mana dalam negara malaysia disambut pada 16 Mei pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada para pendidik. Hari ini telah dipilih sebagai hari guru untuk memperingati peristiwa yang berlaku pada 16 mei 1956.

Tarikh Rasmi Perayaaan Hari Guru 2024

Tarikh rasmi sambutan hari guru 2024 adalah pada 16 mei 2024 bersamaan dengan hari khamis. Sambutan hari guru kebiasaannya dilakukan di sekolah dan menjadi acara yang khusus untuk meraikan guru-guru yang telah mencurahkan bakti tanpa jemu.

Tema Sambutan Hari Guru 2024

Bagi tema sambutan hari guru 2024 adalah ditetapkan oleh KPM dan tema hari guru 2024 adalah ” Guru Jauhari Digital ASpirasi Negara Madani”. Dijangkakan sambutan hari guru lebih meriah dengan tema menyuburkan digital negara Madani.

photo album



 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.