Khamis, 1 Februari 2024

PENYERTAAN DAN LAPORAN PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg. Dato'/Dr./Tuan,Puan kepada perkara di atas dan surat rujukan JPA.KPPA/016 JLD18(52) bertarikh 17 Januari 2024 adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa dalam usaha menjayakan Program ‘AI Untuk Rakyat’ yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari 2024, setiap penjawat awam di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak 

Berkuasa Tempatan dikehendaki melengkapkan program pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’ secara dalam talian iaitu ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. Program ini ialah hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) dan Intel Corporation.

Sehubungan dengan itu, pihak  YBhg.Dato'/Dr./Tuan/Puan *DIWAJIBKAN* untuk melengkapkan program pembelajaran secara dalam talian dengan peruntukan  masa selama 4 jam bagi memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate *DENGAN KADAR SEGERA* melalui capaian https://ai.gov.my/#/home *selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang pada 1 Februari 2024 (Khamis)*. 

 Seterusnya, pelaporan juga hendaklah dikemaskini dalam SPLKPM melalui 'e-pembelajaran' bagi program 'AI untuk Rakyat' untuk membolehkan pelaporan KPM dijana daripada data yang telah dikemaskini dalam SPLKPM.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.