Khamis, 4 Januari 2024

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN DALAM KARNIVAL KEMBANGKAN POTENSI TINGKATKAN PRESTASI (KPTP) PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN SK KAULUAN, RANAU SABAH.


Sekalung tahniah untuk pasukan Bahas Murid SK Bagan Jermal yang telah mendapat Tempat Ke 3 dalam Pertandingan Bahas Ala  Parlimen dalam Karnival Kembangkan Potensi Tingkatkan Prestasi (KPTP) Peringkat Kebangsaan Anjuran SK Kauluan, Ranau Sabah.


Karnival ini telah diadakan pada 4 Disember 2023 sehingga 5 Januari 2024

secara atas talian sepenuhnya bagi acara Pidato, Sajak, Syair dan Bahas sehingga peringkat Suku Akhir.


SK Bagan Jermal menghantar penyertaan:

Sajak 

Nur Fathiah Umairah 4 J

(Anugerah Penyertaan)


Syair 

Muhd Irfan Danish 4 J

(Anugerah Gangsa- Top 10)


Bahas:

Pasukan Bahas diwakili oleh Nur Wardina (6 Jauhari), Nur Ain Syuhada (5 Jauhari), Iman Qhalish (5 Jauhari), Nazran Aizal (5 Jauhari), dan Iman Syazwan (4 Jauhari). Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Azlina dan Cg Hafiz. 


Rezeki SKBJ Memenangi nopusingan demi pusingan sehinggalah ke pusingan suku akhir Dan melayakkan Team SKBJ bertanding secara bersemuka di Dewan Kinabalu, Kinabalu Park Kundasang Sabah.


Pasukan SKBJ telah tewas di peringkat Separuh Akhir 1 dengan pasukan dari Kelantan yang diwakili oleh SK Datu' Hashim. Namun Pasukan SKBJ meneruskan rentak cemerlang dalam penentuan Tempat ke3/4 dengan mendapat undian majoriti juri 5-0 mengalahkan SJKC Chung Hwa Kota Belud. 


Pembahas SKBJ, Nur Wardina di anugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Peringkat  3/4 Dan Pembahas Kedua terbaik Keseluruhan daripada semua peserta Bahas.


Hadiah Pertandingan telah di sampaikan oleh  Pengarah JPN Sabah. Pada majlis penutup juga Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail berkesempatan menandatangani Sijil Jaringan Kolaboratif dengan SK Kauluan, Ranau Sabah Dan disaksikan bersama Tn YDP PIBG, Tn HJ Abdul Hamid Bin Ibrahim Naina.


Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih kepada Penyumbang-penyumbang yang menjayakan perjalanan Team Bahas ke Sabah. Antaranya YB Senator Dr Lingesh, YB Dato' Seri Rizal Merican, Tn YDP PIBG SKBJ Dan Rakan², Syarikat Harfa Butterworth, Syarikat Jayamas, Para Waris, Guru-Guru Dan kepada semua individu yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.


Terima Kasih Khas buat Tn YDP PIBG , Tn HJ Abdul Hamid penggerak utama dalam sumbangan ini bersama AJK² PIBG ke semuanya.


Tidak dilupa kalungan Terima Kasih kepada Tn Guru Besar Dan barisan pentabbir serta guru² pengiring iaitu Ustazah Azlina, Cikgu Hafiz Dan Cikgu Zarina yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kejayaan ini.


Tahniah!! Sayangi sekolahku, SKBJ Nombor 1!!

photo album


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.