Isnin(4 Disember 2023), Tn Guru Besar, En Ahmad Kaber bin K. Ismail telah melancarkan MINGGU DIGITAL MATEMATIK yang bermula dari 4 Disember hingga 8 Disember 2023.Pelbagai akitiviti menarik telah dirancang oleh Panitia Matematik bagi menjayakan Pendigitalan dalam Matematik.Antara Aktiviti yang dijalankan, Maths Wordwall Challenge, Cabaran Gamifikasi Matematik, MathKahoot, Mathematics Quiziz, Maths Decathlon, Kuiz Kemahiran Digital Matematik, Math Riddle, Teka Coklat, Congak Pantas, SifirRia Dan Woksyop STEM Outreach Jalinan bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Ayuh...sama-sama kita meriahkan.
#MATHS is FUN
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.