Rabu,27.09.2023- Sambutan Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SAW dalam islam.Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan oleh umat islam bagi memperingati kita kepada hari kelahiran Rasulullah SAW. Tarikh Maulidur Rasul adalah jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, iaitu pada hari Isnin bersamaan 20 April 571.Pada setiap kali tarikh yang berkenaan, umat islam akan mengadakan sambutan maulid nabi ini bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Ia merupakan salah satu tanda bagimana seseorang itu
menunjukkan rasa cintanya terhadap kelahiran Baginda Rasulullah SAW adalah
dengan terselit rasa gembira dan bangga terhadap apa yang dibawa dan
ditinggalkan oleh Nabi Muhamammad SAW kepada umat islam sehingga kini.
Warga SKBJ juga turut tidak ketinggalan menyambut
Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi mengingati Nabi Muhammad SAW. Ini bagi
mendidik murid-murid mendekatkan diri dan pengetahuan tentang baginda
Rasulullah SAW.
Photo Album
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.