Sabtu, 20 Mei 2023

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2024 / 2025

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.

 Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:


 Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login

Klik Pengguna Baru

Tekan Daftar Pengguna 

Klik Daftar

Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar

Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1

Klik Permohonan Baharu

Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar

Lengkapkan maklumat berikut:

Maklumat murid

Maklumat kesihatan

Maklumat penjaga

Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan

Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

Status permohonan murid akan dipaparkan.

Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.