Isnin, 27 Mac 2023

KONSEP "ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK" (ABC)-KPM


 “Anak Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.

Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik.

Slogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati.

Asas Konsep ABC – “Anak Yang Baik lagi Cerdik”

Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.

Berikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”:

  1. Hati – Bekerja dari Hati
  2. Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah
  3. Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi
  4. Manfaat – Sentiasa bermanfaat

Inspirasi Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC)

Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali menjelaskan beliau mendapat inspirasi mengenai konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” ini sewaktu memangku jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

Pada ketika itu, beliau melihat kebanyakan pelajar menghadapi tekanan untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Ibu bapa dilihat sanggup memperuntukkan wang ringgit yang banyak untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik namun kurang memberi penekanan dalam usaha melahirkan anak-anak yang mempunyai sahsia yang baik.

Selari Dengan Teras Utama KPM

Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang pelajar.

Baca lagi: Memahami Konsep “Karamah Insaniah” KPM

Berikut merupakan 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia:

  1. Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
  2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti
  3. Kemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar
  4. Keciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan
  5. Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan
  6. Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak
  7. Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.