Sabtu, 11 Februari 2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK BAGAN JERMAL SESI 2022/2023


PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK BAGAN JERMAL SESI 2022/2023 yang dijalankan pada 10 hingga 11 Februari 2023 menggambarkan kepentingnya aktiviti-aktiviti unit-unit beruniform yang dilaksanakan sepanjang tahun di sekolah ini . Sesungguhnya ia telah dijadikan wadah pembelajaran melalui pengalaman yang memberi impak yang sangat positif di dalam pembentukan jiwa bangsa yang memiliki kualiti diri unggul selain dari kemantapan intelek. Program ini adalah aktiviti tahunan ko kurikulum. Selaras dengan kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang mengutamakan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek maka wajarlah program seperti ini dianjurkan untuk meningkatkan semangat kerjasama dan jati diri di kalangan murid-murid yang terlibat. Meskipun terpaksa menghadapi norma baru diharapkan Perkhemahan Perdana pada tahun ini akan berjaya mencapai matlamat dan objektif yang digariskan. Program ini akan disertai oleh murid-murid yang menjadi ahli daripada setiap badan beruniform Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal iaitu seramai 100 orang dan turut disertai oleh 10 orang murid pendidikan khas. Ia akan diadakan di SK Bagan Jermal. Pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang program ini berlangsung dengan melibatkan jurulatih bertauliah dan juga guru guru sebagai fasilitator.


PHOTO ALBUM

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.