Rabu, 7 Disember 2022

PROGRAM PERKHEMAHAN JALINAN INKLUSIF PERINGKAT SEKOLAH 2022





 7 Disember 2022 pihak PPKI SK Bagan Jermal telah menganjurkan Program Perkhemahan Jalinan Inklusif Peringkat Sekolah. Program ini merupakan jalinan bersama murid-murid aliran perdana dan murid-murid PPKI. Objektif program ini adalah bertujuan membina kerjasama secara inklusif antara murid-murid di aliran perdana dan PPKI.


Program ini dibahagikan kepada dua aktiviti kumpulan iaitu kumpulan berkefungsian tinggi dan berkefungsian rendah. Bagi kumpulan murid berkefungsian tinggi aktiviti yang dijalankan ialah asas kawad kaki, memasang khemah,membuat sandwich dan ikatan asas dan bantu mula. Manakala bagi kumpulan berkefungsian rendah aktiviti seperti senamrobik dan seni bento (sandwich). 


Murid-murid aliran perdana yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid di tahun 6 Jauhari seramai 15 orang. Murid-murid ini dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. Mereka akan membantu murid-murid PPKI dan dipantau oleh guru-guru PPKI untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. 


Tahniah diucapkan semua murid, guru dan ppm yang terlibat. Akhir program tersebut juga telah dijalankan sesi refleksi, antara respon yang telah diberikan "seronok", "best", "syok", "stress sikit", "letih".


Walaupun pelbagai respon yang diberikan, mereka seronok diberikan peluang untuk bersama-sama mengenali dan memahami murid-murid istimewa. Antara kata-kata terbaik "depa nampak sama ja,tak dak beza pun", "kalau ada program lagi ajak kami lagi". Persoalan dari depa "macam mana cikgu jaga depa"😆. Jom mai join kami✌️

Anak istimewa, syurga bagi kami..insyaAllah..


Tahniah dan terima kasih dari kami PPKI SKBJ.


#inklusif #wemadeithappen #sayangisekolahku #skbjno.1 #ppki #bekerjadenganjiwa

(PHOTO ALBUM)

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.