Khamis, 20 Oktober 2022

TEMPAT KEDUA (PERAK) DI DALAM MAJLIS ANUGERAH KEMASYHURAN HOF DISAMPAIKAN OLEH TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO' SERI UTAMA AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL RAZAK, YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG.



20.10.2022,Khamis

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO) telah menganjurkan Majlis Perasmian Buku Koleksi Kemasyhuran Pendidikan Pulau Pinang 'Hall of Fame - Penang Education' Tahun 2022. Buku Koleksi Kemasyhuran Pendidikan Pulau Pinang "Hall of Fame - Penang Education 2022 ini diwujudkan untuk mengiktiraf hasil-hasil inovasi,kreativiti dan amalan terbaik guru-guru dan pegawai di Negeri Pulau Pinang.

Pihak sekolah, SK Bagan Jermal turut mengambil peluang berkongsi hasil inovasi yang telah diwakili oleh Pn. Noor Syahida binti Md Zuki. Hasil penulisan inovasi yang bertajuk "Pembangunan Modul Intervensi Kog- BACA bagi Kemahiran Dekoding Murid Disleksia" telah mendapat Tempat Kedua (Perak) di dalam Majlis Anugerah Kemasyhuran HOF yang turut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Noor Syahida di atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga terus cemerlang.













0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.