Jumaat, 19 Ogos 2022

TAKLIMAT BERFOKUS BERKAITAN AMALAN BAIK PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BERSAMA WARIS TAHUN 5


Alhamdulillah pada 19/8/2022 (Jumaat) Taklimat berfokus berkaitan amalan baik memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bersama waris Tahun 5 pula diadakan dengan jayanya. Dengan pertemuan bersemuka bersama-sama waris dengan pihak sekolah dapat mewujudkan persefahaman kepada waris tentang kepentingan PBS dan PAJSK . Taklimat PBS ini disampaikan sendiri oleh Guru Besar En. Zainal Bin Ahmad manakala PAJSK disampaikan oleh Penolong Kanan KO Encik Mohd Fadzli Bin Abu Hashim kepada waris-waris. Dengan pertemuan ini dapat merungkai beberapa masalah murid yang timbul dan dibincangkan bersama-sama waris dan juga guru kelas tahun 5 bagi penambahbaikan kecemerlangan anak-anak murid tahun 5. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada waris yang hadir meluangkan masa serta memberikan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah. (Photo Album)

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.