Khamis, 11 Ogos 2022

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2022



 Sekalung tahniah untuk pasukan Bahas Murid SK Bagan Jermal yang telah mendapat Tempat Ke 3 dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang  2022 telah diadakan pada 9 hingga 11 Ogos 2022 bertempat di SK Pokok Tampang, Tasek Gelugor.

Pasukan Bahas diwakili oleh murid-murid yang sangat berbakat iaitu Mohd Faiz Danish (6 Jauhari), Nur Hannah Maisarah (6 Jauhari), Nur Wardina (5Jauhari), Mohd Nafeez Safaraz (5 Jauhari), dan Rayyan Iskandar (5 Jauhari). Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Azlina, Cg Hafiz, Cg Shafiq Dan Cg Haziq.

Memenangi pusingan demi pusingan, pasukan SKBJ telah terkandas di peringkat Separuh Akhir dengan pasukan dari SK Ara Rendang. Pada peringkat Separuh Akhir itu, Pembahas SKBJ, Mohd Faiz Danish di beri sebagai Pembahas Terbaik.

Hadiah Pertandingan telah di sampaikan oleh Yg Brs En Shamser Ketua Penolong Pengarah UPBM JPN Pulau Pinang. Pasukan Bahas SKBJ mendapat Tempat Ke 3 keseluruhan.

Tahniah!! Sayangi sekolahku, SKBJ Nombor 1!!

#skbaganjermal #skbj #sayangisekolahkuskbjno1

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.