Alhamdulillah syukur kepada allah taala kerana sempurna
sudah pelancaran “Taman Al-Hanan SKBJ” yang dilancarkan oleh En. Zainal Bin
Ahmad (Guru Besar ) pada 28 Mac 2022. Taman ini mula dibina semula pada Julai
2020. Di sebalik kekurangan yang sedia ada dan penat lelah guru-guru yang
bertungkus lumus menyediakannya maka tersergamlah Taman Al-Hanan seperti hari
ini. Walaupun begitu masih ada beberapa rancangan untuk menaik tarafkannya lagi
di samping penyelenggaraan semasa. Al-Hanan bermaksud “kerahmatan dan kasih sayang.
Semoga ia menjadi simbol kekeluargaan warga SKBJ yang bersikap hormat
menghormati, berkasih sayang dan bekerjasama
sebagai sebuah pasukan. Selain itu, semoga ia juga menjadi tarikan kepada
murid-murid untuk hadir ke sekolah dalam suasana menyeronokkan. Setiap insan
mempunyai impian untuk ke syurga. Bukankah Syurga itu sebuah taman? Selamat
berkunjung ke Taman Al-Hanan SKBJ. (Photo album)