Jumaat, 3 Disember 2021

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN 12 TAHUN ONLINE DI PORTAL JPN

Kepada Ibubapa yang mempunyai anak yang akan memasuki umur 12 tahun, di sini dikongsikan cara memohon kad pengenalan 12 tahun untuk anak (daripada MyKid kepada MyKad).

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.




LANGKAH PERMOHONAN KAD PENGENALAN 12 TAHUN (MYKAD)

Permohonan MyKad 12 tahun kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan langkah berikut:

  1. Pastikan anda telah berdaftar dengan Portal MyGovernment.
  2. Permohonan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR atau layari   https://web12tahun.jpn.gov.my/ 
  3. Kemudian, log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Sila tick ‘Saya Setuju’ setelah baca dengan teliti Terma Dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan
    Kanak-Kanak 12 Tahun
  5. Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun.
  6. Tekan butang HANTAR.
  7. Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun.
Rujuk contoh di bawah.

NOTA PENTING: Pastikan anda telah mematikan fungsi pop-up blocker. Rujuk manual pengguna di   SINI .

BAYARAN YANG DIKENAKAN BAGI KAD PENGENALAN 12 TAHUN

Bayaran membuat kad MyKad kanak-kanak 12 tahun adalah percuma.

Caj hanya akan dikenakan bagi:

  • Bayaran Kerana Lewat Memohon Kad Pengenalan(MyKad) Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun (WARGANEGARA)
  • Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) bagi kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses.

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKad 12 tahun:

  1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara;
  2. Pasport (bagi pemohon yang menetap di luar negara);
  3. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga);
  4. Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil utiliti atau dokumen sokongan berkaitan.






0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.