Sabtu, 2 Oktober 2021

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN.

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Bagan Jermal kali ke-34, yang buat pertama kalinya diadakan secara atas talian pada 1 Oktober 2021.

Terima kasih diucapkan buat semua warga SK Bagan Jermal, AJK PIBG serta para waris yang telah terlibat sepanjang mesyuarat pada malam ini.
Majlis malam ini telah dimulai dengan ucapan aluan oleh Guru Besar, SK Bagan Jermal, En Zainal bin Ahmad, dan diserikan dengan ucapan Khas oleh Ybhg Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sebelum dirasmikan oleh Ybhg Dato' Ahmad bin Darus, S/U Politik Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Tahniah kepada barisan Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik untuk sesi 2021-2023, semoga dapat terus membawa dan meningkatkan kecemerlangan SK Bagan Jermal hingga ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.












0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.