Khamis, 29 April 2021

PENJURIAN BAGI PERTANDINGAN E-SAJAK DAN E-FESYEN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN SINDROM DOWN DAN AUTISME SEDUNIA 2021

Penjurian bagi Pertandingan E-Sajak dan E-Fesyen Peringkat
Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Bulan Sindrom Down dan Autisme Sedunia
bertempat di SK Bagan Jermal pada 26 April 2021.

Pertandingan E-Sajak bagi kategori murid Autisme telah diadili yang diketuai oleh En. Azizan bin Ismail yang merupakan mantan Pegawai Ko-kurikulum dari JPNPP, En. Hairul Izwan bin Shahidan, Penolong Pengarah dari Sektor Pendidikan Khas JPNPP dan Pn. Sabatiah binti Imam Abdul Rahman, Penyelaras NASOM, Butterworth.

Pertandingan E-Fesyen bagi kategori murid Sindrom Down telah diadili yang diketuai oleh En. Aziz bin Hashim yang merupakan mantan KU, SPK, JPNPP, En. Ahmad Shuib bin Musa, Penolong PPD Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPDSPU dan En. Muhamad Fazrul Akmal bin Che Amran, Penyelaras Pusat Dalam Komuniti, Butterworth.

Pihak SK Bagan Jermal amat berbesar hati dan berterima kasih kepada juri-juri yang terlibat kerana dapat meluangkan masa dan tenaga bagi mengadili Pertandingan E-Sajak dan E-Fesyen sempena Bulan Sindrom Down dan Autisme Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang ini. Terima kasih diucapkan.



 

 

 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.