Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.
Contoh:
Umur Persekolahan Tahun 1/2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:
- Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my/
- Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2022 / 2023 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2021 ini.
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Online
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2021.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.