Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Makluman kepada ibu bapa / waris / penjaga,
PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU BAGI ANAK-ANAK
YANG LAHIR:-
- SESI 2021 [Lahir pada 2 Januari 2014 - 1 Januari 2015]
- SESI 2022 [Lahir pada 2 Januari 2015 - 1 Januari 2016]
PENDAFTARAN BERMULA PADA 1 MAC 2020 hingga 30 APRIL 2020
PEMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA 'ONLINE' DI:
Borang pemohonan perlu DICETAK serta dilampirkan dokumen sokongan
seperti yang dinyatakan dalam pemohonan 'ONLINE'
dan hantar ke sekolah bagi pengurusan pendaftaran tersebut.
SEBARANG KEPUTUSAN KEMASUKAN MURID
JUGA DISEMAK SECARA ONLINE
MANUAL PENDAFTARAN SECARA ONLINE
MUSTAHAK: SILA BAWA (DOKUMEN SOKONGAN) iaitu:
- SIJIL KELAHIRAN KANAK-KANAK BERKENAAN / SIJIL ANAK ANGKAT (salinan asal dan salinan fotostat)
- SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU BAPA / PENJAGA
- BUKTI ALAMAT TEMPAT TINGGAL (bil elektrik/air/telefon atau dokumen lain yang berkaitan
- SALINAN SIJIL NIKAH / PENDAFTARAN PERKAHWINAN (salinan asal dan salinan fotostat)
- REKOD IMUNISASI & KESIHATAN KANAK-KANAK BERKENAAN
- SALINAN SURAT CERAI / HAK PENJAGAAN ANAK (jika berkenaan)
- SLIP PENYATA GAJI
- DUA (2) sampul surat berukuran 4' x 9' bersertakan setem RM 0.80 bagi setiap sampul surat
Sekian, harap maklum.