Tarikh : 19 Julai 2010
Matlamat program ini adalah bagi mengadakan hubungan antara sekolah dan waris dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam keputusan UPSR bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2010.
OBJEKTIF
1. Untuk memastikan murid-murid tahun 6 telah bersiap sedia menghadapi UPSR.
2. Untuk memastikan kecemerlangan UPSR berterusan .
3. Untuk mengeratkan dan meningkatkan hubungan antara sekolah dan waris dalam menjana kejayaan murid dan sekolah.
4. Mencari kaedah dan dapatan masalah-masalah yang timbul dalam akademik pelajar.
5. Memberi ruang kepada waris mendapat input yang lebih tepat dari pihak sekolah tentang pencapaian akademik pelajar-pelajar.
Taklimat oleh Pn. Habibah Ahmad , Guru Besar SK Bagan Jermal.