Pada 28 Mei 2010 yang lalu , Pasukan Derap Juara di bawah Kebitaraan Kawad Kaki Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan Kem Bina Jati Diri di Dusun Eco Resort , Kuala Nerang , Kedah .
Pelajar yang terpilih mengikuti Kem ini terdiri dari ahli-ahli unit beruniform dan Pasukan Kawad Kaki Sekolah .
Rombongan peserta bertolak dari sekolah pada pukul 3.00 petang dan sampai di Kem Dusun Eco pada pukul 5.00 petang . Aktiviti bermula pada pukul 9.00 malam sejurus usai solat isyak . Aktiviti pertama ialah Ice Breaking yang dikendalikan oleh En.Zulazhar , Puan Mazlini dan Encik Noramin.
29 Mei 2010
Usai Solat Subuh …… riadah di sekitar Dusun Eco .
Selepas minum pagi diadakan sesi “Team Building “
Pada pukul 11.00 Pagi diadakan Aktiviti Flying Fox .
sesi waktu petang di penuhi dengan aktiviti “obstacle course”
Pada malamnya diadakan majlis makan malam dan barbeku sementara guru-guru mengambil peluang untuk memancing di kolam yang terdapat di dalam resort tersebut.
Keesokan harinya … selepas riada pagi dan sarapan. Program diteruskan dengan “Jungle traking”
Selepas solat zohor dan makan tengahari , Para peserta dan guru bertolak pulang .
Kepada semua yang terlibat diucapkan terima kasih terutama kepada guru-guru pengiring dan pihak Dusun Minda Resort .