Hari Jumaat lepas 30 April 2010 . Cik Sofiah Abd Rahman telah menamatkan perkhidmatannya dan bersara.
Satu majlis ri ngkas telah diadakan sebagai penghargaan untuk beliau dikendalikan oleh Kelab Guru dan Staff SKBJ .
Cik Sofiah mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2006 sehingga 30 April 2010.
Majlis bermula pada pukul 9.45 pagi di ruang legar Pusat Sumber , satu jamuan diadakan oleh Kelab Guru dan Staff. Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna.
Menu hari ini …..
Selepas jamuan , diadakan sesi bersama murid di tapak perhimpunan. Bermula dengan ucapan wakil murid , Pn.Guru Besar , Tayangan video dan ucapan Cik Sofiah Abd Rahman. Usai majlis . Cik Sofiah diiringi Pn Guru Besar dan Penolong Kanan untuk menandatangani buku kehadiran staff buat kali terakhir. Diikuti bersalam-salaman bersama murid dan Staff , Cik Sofiah diiring ke kereta yang telah dihias khas untuk beliau .
Setinggi-tinggi penghargaan dan Ucapan terima kasih kepada semua Guru , Staff dan warga SKBJ yang bertungkus lumus membantu melancarkan majlis ini .
Pada Cik Sofiah Abd Rahman … SELAMAT BERSARA ..