Entry ini agak terlewat . Admin sibuk.
Sukaneka ini diadakan pada 1 April yang lalu , dijalankan sebelum berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Penyertaan melibat murid-murid Pra Sekolah , Pendidikan Khas dan Tahap 1 sahaja. Walau pun agak ringkas tetapi amat meriah. Mendapat sambutan dari semua warga sekolah dan ibubapa. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang datang memberikan sokongan . Diharap , apabila ada aktiviti sekolah akan mendapat sambutan yang meriah seperti ini juga.
Sebahagian gambar , sepanjang berlangsungnya sukaneka ini .
Pada semua guru , warga sekolah , murid , ibubapa dan semua yang terlibat …. Pihak Sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjaya aktiviti ini. TAHNIAH !!!!!!!!!!!